[SinggahSat]

Thursday, September 30, 2010

kenape ALLAH temukan kita dengan org yg salah?


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA. 
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


KEJE baru.TEMPAT baru.BOS baru.KAWAN baru~~


Lap0r Diri : 16 OGOS 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
=PEJABAT PELAJARAN DAERAH SABAK BERNAM=

+bergambar di tengah panas+
=thats why mata semua jadi sepet=


ok , ch0w !


Wednesday, July 28, 2010

Renungan Bersama


Salam..

0k , disebabkan mood pon belum sampai2 lagi , aku just nak share something dengan korang .. siyesly , 1st time aku baca benda nie , aku rasa touching gila .. x tau la kenapa n mengapa .. maybe sebab aku pernah melalui semua SAAT itu kot .. kot la .. eh , pernah ke ? hahaha .. ok la , Selamat Membaca :)



Disaat kamu ingin melepaskan seseorang , ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya , ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya , ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya , bayangkan jika dia selalu setia

Disaat kamu ingin membohonginya , ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka apabila kamu mengingati segalanya , nescaya kamu akan merasakan erti dia untukmu, Jangan sampai disaat dia sudah tidak ada disisimu, Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu , Yang indah hanya sementara , Yang abadi adalah kenangan , Yang ikhlas hanya dari hati , Yang tulus hanya dari sanubari , Tidak mudah mencari yang hilang , Tidak mudah mengejar impian , Namun yg lebih susah adalah mempertahankan apa yang kita ada , Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga 

Ingatlah pada pepatah,

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif

Rumah mewah bagai istana , harta benda yang tak terhitung , kedudukan dan jabatan yg luar biasa , namun , Ketika nafas terakhir tiba , sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi , sehelai benang pun tak bisa dimiliki , apalagi yang mau direbutkan , apalagi yang mau disombongkan , Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani , Jangan terlalu perhitungan , Jangan hanya mau menang sendiri , Jangan suka sakiti sesama insan apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita , Belajarlah tiada hari tanpa kasih , Selalu berlapang dada dan mengalah , Hidup ceria , bebas leluasa , Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan , Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan , Tak ada dendam yang tak bisa terhapus


p/s : Kita hanya insan biasa , yang x akan pernah lari dari melakukan kesilapan .. banyak kekurangan dan kelemahan .. so , sama2 la kita memperbaiki diri .. renung2kan dan selamat beramal !


Tuesday, July 27, 2010

Tunggu mood datang .. wait haaa !



Aiyaaa .. terlalu banyak benda yang aku nak cerita dekat cik blog .. tapi mood x ada pulak nak menaip panjang berjela .. da sebulan lebih aku tunggu mood datang .. tapi x sampai2 jugak .. ermm .. maybe bulan depan kot baru mood datang .. ok la , kita cerita bulan depan la ye .. hahaha .. what eva pon , tunggu je la ye cik blog .. jangan ingat saya menganaktirikan kamu pulak tau cik blog .. saya x berniat macam tu pon sebab saya nie kahwin pon belum .. apatah lagi nak dapat anak tiri kan ? kan ? kan ? hehehe .. tungguuuuuuuuuu !!



Monday, June 14, 2010

Impian Yang Tidak Kesampaian ;'(


Salam..

erm .. hari nie aku x berapa ada kerja sangat .. so , dari pagi tadi kerja aku adalah mengonlinekan diri saja .. hari nie je aku free .. esok da start busy balik .. 15 - 17 Jun , aku jadi Urusetia Kursus Pendekatan Dakwah Kontemporari .. Aissshhh , sakit kepala bila fikir pasal kursus nie .. Bukan apa , bila ada kursus nie aku pon mula la rasa macam sewel2 sikit .. banyak kerja nak buat .. yang paling penting n yang paling aku x suka sekali , aku kena stay up sampai malam .. uwaaaaaa ! mengantuk gila deh .. tapi , bila fikir hasil $$$ daripada pengorbanan aku untuk bekerja lebih masa , automatik aku semangat balik .. hehehe .. tapi kan , yang paling ++ kesian memang adik aku la .. malam2 kena amik aku kat ILDAS .. nak suruh aku balik sendiri memang jangan harap la .. uuuuuuu , menakutkan ! hahaha .. apa yang aku merepek nie ye .. macam x ada kena mengena dengan tajuk entri aku je kan ? :)


Ok ok , kita kembali kepada topik asal ye ! 


before nie , aku ada cerita yang aku nak sambung study tu kan ? 2 weeks before tarikh aku nak kena lapor diri tu , aku memang blurr gila la .. every second asyik fikir about that je .. nak study , x nak study , nak study , x nak study .. honestly , aku memang nak sangat sambung study .. tapi apakan daya , finance aku x stable lagi .. isk isk isk .. nampaknya , impian aku masih belum tercapai lagi untuk tahun nie :(


Hmm .. apa aku nak cerita lagi nie erk .. ohhoooo , nampaknya cik shafiny da datang membawa berita panas terbaru .. nampaknya , sampai sini saja la entri kita untuk kali nie ye .. semoga berjumpa lagi <3 <3 <3


Fadhilat Bulan Rejab



Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Isnin bersamaan 14 Jun 2010 (1 Rejab 1431 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya. Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: 


Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim. 

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. 
Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji. 
Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. 
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. 
Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. 
Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali. 

2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka. 

3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 

7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala. 

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun 
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir 
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat 
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya 
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain. 

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:


1. Israk dan Mikraj (27 Rejab) 2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.  Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:  Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB :

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. 
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.  Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.."
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab :

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. 

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.
Wassalam~

Wednesday, April 28, 2010

wahh , da 2010 laa ;)


Salam..

Perghh ! sedar x sedar , da nak masuk pertengahan tahun 2010 pon .. memang sangat lama aku x update blog aku nie .. dulu time nak sign up berkobar2 je .. pastu hampehhh ! hahaha .. alaaa , mood aku nak merepek2 nie bukannya selalu ada .. kalau mood bergosap gosip memang selalu la ada ;p 


Fyi , aku sekarang da kerja in government sector .. tapi sambilan je la .. even aku nie x ada la busy sangat pon , tapi aku lebih suka menghabiskan masa2 aku dengan membaca novel , x pon tengok cerita korea , x pon tengok cerita jepun , x pon TIDUR .. hehehe ;) .. tapi kan kan kan kan , MUKA BUKU haruslah dilayari everyday .. ahaks !


Ok , nak cerita apa lagi ye .. actually , banyak sangat benda yang da jadi dalam hidup aku selama aku menyepikan diri nie .. tapi sebab da terlalu banyak sangat tu la yang membuatkan aku jadi malas nak bercerita .. lagipun cerita2 tu macam da basi la pulak kan .. bila aku ingat2 balik pon aku rasa nak muntah .. so , x payah la aku nak cerita ye :)


Btw , x lama lagi aku da nak sambung study balik .. degree finance ! ye la kan , member2 aku yang lain semua da hampir menggenggam segulung ijazah .. aku je yang masih ketinggalan di belakang .. whoaaaaaa , saya sangat mencemburui mereka :'( .. tapi x apa la kan , as long as aku masih ada semangat nak belajar , tu da lebih dari cukup .. huhu .. 


But , i don't know why , semenjak dua menjak nie , aku tetiba rasa macam x yakin dengan diri sendiri .. boleh ke aku bahagikan masa antara kerja n study ? kepala otak aku tetiba rasa macam bengong2 sikit bila fikirkan pasal nie .. erghhhhh ! macam mana nie ?? 


Ya Allah , sesungguhnya hanya KAU lah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik untukku ..


(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...